Lawatan Ketua Kampong dan Penghulu Mukim Berakas A
15 Ogos ,Sebelah Pagi serombongan pelawat terdii daripada penghulu mukim Berakas ‘A’ dan ketua ketua kampong di bawah pengawasannya telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah ini.Rombongan hadir pada jam 8.30 pagi dengan disambut oleh Guru Besar,Penolong,guru guru kanan sekolah dan guru guru sekolah ini. Rombongan mula mula dibawa untuk mendengar sedikit taklimat daripada guru besar dibilik ICT, taklimat disusuli dengan sesi soal jawab daripada pihak rombongan.Beberapa cagangan dan buah fikiran telah disusulkan oleh beberapa orang pelawat.
Seterusnya rombongan di bawa melawat ke sekitar blok-blok yang terdapat di sekolah ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang permasaalahan yang dihadapi oleh sekolah di persekitarannya terutama pada masalah system saliran yang kurang berfungsi dengan baik.Pihak rombongan terutamanya penghulu mukim member jaminan untuk sama sama membantu mengenai masaalah tersebut dengan melalui beberapa prosedur tertentu.Sesi lawatan berakhir pada jam 10.45 pagi berbetulan dengan waktu murid murid beredar balik.
Sumber : Hj Hirwan

Bergambar ramai













